Tuesday, March 15, 2011

Musibah Melanda Lagi




Musibah melanda lagi. Apa yang menimpa Jepun, harusnya dirasakan oleh kita juga. Jika tidak ada apa-apa terasa di jiwa, dikhuatir di dalam dada itu tidak ada rasa peri kemanusiaan. Dan tidak ada rasa betapa kerdilnya kita dibumi Allah ini… petunjuk tipisnya iman.

Hanya dengan iman, datanglah rasa persauadaraan dan peri kemanusiaan yang hakiki. Yakni persaudaraan yang merentasi jarak, bangsa dan rupa. Islam itu adalah syahadah yang mengatasi pertalian darah.

Siapapun akan menangis, melihat rakyat Jepun menangis. Dari jauh kita himpunkan doa for all mankind.... mereka juga manusia saperti kita,mempunyai keluarga...so kepada yang mempersendakan kejadian malapetaka yang besar tu "your joke is tasteless/heartless"..takde hati perut..
come on la..takkan takde limit nak bergurau...



Giliran mereka diuji, mengingatkan kita bahawa hari kita juga pasti datang...bukan kah kita di'hantar' kedunia untuk diuji?..


Untuk mangsa2 tsunami dan gempa bumi di Jepun, ku rakamkan tulisan ini sebagai titisan prihatinku untuk nasib kalian. Hanya satu pesanku, untuk mu dan untuk ku… BELAJARLAH DARI MUSIBAH!

Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa melindungi kehidupan kita. Kalimah “Bismillahir Rahman nir Rahim” – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah pudarkah kasih-sayangNya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Kita manusia biasa pasti fikirkan yang buruk2 saja. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak begitu. Memang nampak sangat pahit, tetapi ianya manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, insya-Allah...

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa... Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal, tebal imannya dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa...dan saya masih mencari2 dalam kesamaran..semuga ALLAH memberi pertunjuk dan kekuatan kepada kita semua..Aminnn..

Untuk sahabat2 sakalian bacalah doa dibawah ini ( dipinjam dari seorang ikhwan )

Amalkan lah doa akhir zaman ini... Moga kita & sekelian UMAT MUHAMMAD SAW sama-sama di beri Restu, Pimpinan, Petunjuk, Kerahmatan, Keberkatan, Keredhaan, Kasih Sayang, Perlindungan ALLAH & dipelihara ALLAH dari fitnah Akhir Zaman... InsyAllah.

DOA AKHIR ZAMAN
ALLAHUMMAGHFIRLI UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMARHAM UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD....
ALLAHUMMA ASHLIH UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD. ...
ALLAHUMMAJBUR UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMA A’FI UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMA FARRIJ A’N UMM...ATI SAYYIDINA MUHAMMAD.
FARAJA A’JILAN YA ARHAMARRAHIMIN

Maknanya:
Ya ALLAH, ampunilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, kasihanilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, baguskanlah umat Muhammad.
Ya ALLAH, berilah ganti umat Muhammad.
Ya ALLAH, tutupilah umat Muhammad.
Ya ALLAH, sejahterakanlah umat Muhammad.
Ya ALLAH, lapangkanlah umat Muhammad selapang-lapangnya dengan cepat.
Wahai Dzat yang paling penyayang dari semua penyayang.
Ameeen Yarobalalameeeennnnn..





Kepada sahabat ku Wawa Al-Idroos ( Sharifah Salwa ) dan keluarga,
kami disini sentiasa mendoakan keselamatan kamu sekeluarga disana..
semuga dilindungi Allah dan mendapat belas dariNYA..Ameennn..

Photobucket

2 comments:

Onna said...

Assalam Ana,

Mmg ada yang kurang prihatin dan mempermainkan dan mempersendakan kisah tsunami ini...tak patut berlaku kerana dikala dan tika ini jikalau bantuan material tak dapat kita hulurkan...tunjukkanlan sedikit simpati.... apa yang berlaku di jepun, tidak mustahil boleh terjadi juga kepada kita...nauzubillah...

lifeislikethat said...

Alida,buat malu jer..
our own newspaper pun mcm takde HOTAK,nak mempersendakan org yg kehilangan bukan setakat harta benda tapi nyawa / keluarga...
and i heard salah sorang artise kita pun melawak tak bertempat...nampak sangat tak perihatin..
public figure tu!...
kalau org ckp takde otak marah...i memang marah betul dgn org mcmtu...
semuga Allah bukak kan pintu hati dia...nauzubilah..

I wish you enough.

I wish you enough....     Recently, I overheard a mother and daughter in their last moments together at the airport. They had announced the ...