Thursday, June 24, 2021

Catatan kasih anak dan mak

1hb. Jun 2021, bersamaan 21 Syawal 1442 Hijriah.11.20 malam.
Kali terakhir saya melihat  wajah Mak saya yang tercinta,melalui vidoecall.
sempat saya mengucapkan ' I love you Mak' sebelum mengakhiri panggilan..tapi hanya 2 minit selepas itu saya mendapat call semula dari Li adik lelaki saya,untuk memberitahu yang mak dah tak ada.
Panggilan video tu tujuan asal hanyalah utk memberitahu yang Li hendak membawa Mak ke hospital, kerana Mak tak sihat, badan Mak panas.
Alhamdulilah Allah gerakkan hati Li untuk membuat panggilan video instead of call biasa..dapatlah kami adik beradik yg di sini melihat wajah Mak buat kali terakhir.
Sesungguhnya Allah maha pengasih dan aturan Allah adalah yang terbaik.Alhamdulilah.

Dengan izin Allah segala urusan pengebumian berjalan lancar,tanpa ada sikit pun halangan.Alhamdulilah.

Alhamdulilah saya mempunyai seorang Mak yang baik, yang menyayangi saya seluhurnya,tetapi saya tidak mungkin mampu untuk membalas segala kebaikkannya terhadap saya.
Mak saya seorang yang teguh pendirian dah utuh agama yang mendidik saya dan adik beradik dengan baik untuk menjadi orang yang berguna, pun begitu saya tidak mampu mengasuh diri menjadi seteguh dan seutuh ibu.


Masakan Mak memang terbaik,mungkin kerana Mak masak dengan kasih sayang.
Mengimbau zaman persekolahan,kalau boleh hari2 saya nak Mak masakkan ikan goreng sambal Mak.
Bila pulang dari sekolah tengok atas meja makan ada ikan goreng sambal,tak sempat salin baju,terus makan.
Pajeri Nenas, Lodeh, serunding,sambal tumis ikan bilis antara masakan Mak yang tiada siapa pun boleh tandingi.
Mak memang pandai masak. Kuih2 Melayu Mak memang terbaik.
Pandai berkemas, rumah sentiasa bersih dan kemas.

Mak adalah seorang insan yang berdisiplin,menjaga dan menghargai waktu.
kami pernah berseloroh dengan Mak dengan mengatakan Mak patutnya jadi menteri mentadbir negara,
sebab kalau janji nak keluar pukul 10 pagi, pukul 9 pagi Mak dah siap,membuatkan kami kelam kabut nak bersiap... Janji sentiasa ditepati, kata sentiasa dikota.
Pakaian Mak sentiasa kemas dan dia adalah seorang yang pembersih, dia bukan fesyenista tapi Mak seorang yang berseni..warna2 pilihan Mak adalah yang lembut2, selembut perwatakan Mak.
Seorang yang pemalu,bijak dan mempunyai daya ingatan yang membuatkan kami yang  jauh lebih muda berasa malu, ( pelupa )
Memang kami tak mampu nak jadi macam Mak.

Tidak perlulah saya ceritakan disini mengenai ibadah dan amalan2 yg berterusan yang Mak saya lakukan, biarlah itu menjadi rahsia antara Mak dan Allah.
Memang betul saya dilahirkan didalam keluarga Islam.Agama saya anuti adalah islam, tetapi andai Mak tidak mengusulkan,mengulang- ulangi mengingati saya adik beradik, malahan memerintah dengan tegas untuk menjalani hidup berpandukan AlQuran dan Sunnah, pasti kami pincang,mungkin tumbang dan tidak berada ditempat kami sekarang. Syukur Alhamdulilah.

Dia ibu saya.Dia yang melahirkan saya. Dia yang membesarkan saya,Dia yang menyayangi saya.Dia yang mengajar saya segala yang baik baik buat saya mengharungi hidup yang penuh dengan pancaroba.
Dia yang mengajar saya untuk mengamalkan doa2 untuk menjadi senjata dan pegangan saya setiap waktu.

Kini Mak dah tidak di dunia bersama Saya lagi.Semuga Mak tenang disana.Aamiin.
Tatkala saya membuka mata setiap kali bangun dari tidur, saya bagaikan mati hidup semula.
Saya benar benar merindui Mak.Saya benar benar menyayangi Mak
Saya akan mengenang Mak pada setiap detik nafas yang saya hela yang dikurniai-NYA.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِلْمَاءِ وَالشَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْاَبْيَضُ مِنَ الدَّ نَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارً اخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَادْخِلْهُ الجَنَّةَ وَاعِذْهُ مِنْ عَدَابِ الْقَبرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Wahai Allah, ampunilah dan rahmatilah, bebaskanlah, lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih dan sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan seperti baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnahnya, dan siksa api neraka.” Amiinn Ya Robbbal Alamin.

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا 

"Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil."

 آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن



Photobucket

No comments:

I wish you enough.

I wish you enough....     Recently, I overheard a mother and daughter in their last moments together at the airport. They had announced the ...